Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Kamis, 08 Maret 2012

REKREASI RASULULLAH

Rekreasi yang berbatasan adalah satu elemen hidup yang seimbang demi untuk menghilangkan kebosanan dalam skema hidup,
dan tiada masyarakat yang dapat beertoleransi lama tanpa raidah. Rasulullah s.a.w. adakalanya senang dengan perkara yang mengalihkan perhatian dengan riadah yang dibenarkan. Adakalanya baginda suka ke taman bersendirian dan adakalanya berteman dan sering berbagai hal dibincangkan disitu. Kadang-kadang latihan renang diadakan dimana psangan berdua akan bertanding antara satu sama lain. Sayyidina Abu Bakar pernah berpasangan dengan Rasulullah s.a.w. dalam pertandingan ini.
Satu hari telah hujan ketika telah lama tidak hujan, Rasulullah s.a.w pun mandi hujan dengan memakai satu kain sarong yang panjang. Baginda amat mengambil berat dalam latihan larian dan memanah dan bergusti dan sering ketawa bersama-sama yang lain. Pada waktu-waktu keramaian baginda suka mengetuk gendang sebelah dan menyanyi disamping anak-anak perempuan. Pada satu hari Raya, dua anak perempuan telah menyanyi bersama Sayyiditina Aisyah dan Sayyidina Abu Bakar telah menegur mereka; Rasulullah pun campurtangan dan membenarkan mereka untuk meneruskannya. Pada majlis-majlis walimatul ursy, Rasulullah s.a.w membenarkan gendang di beduk. Pada satu majlis perkahwinan perempuan Ansar yang tinggal bersama Sayyiditina Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w berkata bahawa, kaum Ansar suka akan huburan berbentuk muzik dan seorang penyanyi perempuan diundang untuk menyanyi bersama pengantin: “Telah datang kami kepada kamu. Telah datang kami kepada kamu. Supaya kamu panjang umur dan kami panjang umur.”
Pada satu majlis, beberapa anak-anak perempuan sedang menyanyi lalu datang Sayyidaina Amir ibn Sa’ad dan menegur mereka dan orang ramai yang hadir pun berkata, “Sekiranya engkau mahu mendengar, silakan duduk, dan sekiranya tidak, silakan pergi. Kami telah mendapat kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk berlaku demikian.” Rasulullah s.a.w. juga suka kepada syair yang mana adalah berbeza syair diwaktu dahulu dan dari sekarang. Jabir bin Samrah berkata bahawa beliu telah hadir di lebih dari seratus perjumpaan bersama Rasulullah s.a.w dimana kisah-kisah zaman sebelum Islam diceritakan dan para shabat membaca syair. Pernah Rasulullah menghargai sebaris dari syair Labid yang berbunyi:
Berhati-hatilah, segala yang selain allah adalah makhluk.
Semua kepuasaan akan luput.
Pada satu ketika Rasulullah s.a.w mendengar seratus ayat dari Umayya bin Abi Salt, dibacakan oleh Sayyidina Sharid dan berkata kemudian bahwa orang ini telah hampir kepada Islam. Kadang-kadang, terutamanya di medan perang, Rasulullah s.a.w dengan tidak sedar bercakap umpama bersyair. Baginda menyuruh Sayyidina Hassan dan Ka’ab bin Malik untuk mengarang syair untuk menjawab kepada ayat-ayat yang biadap dari musuh-musuh Islam, dan selalu menyuruh Hasan membacakannya dimimbar dan berkata bahawa ayat-ayat dari syair ini lebih berkesan terhadap musuh dari sebilah pisau. Baginda pernah berkata, “Seorang Muslim bukan hanya berjihad dengan pedang tetapi juga dengan kata-kata.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar